Wednesday, May 8, 2013

Forever Living

  Hari ini dah sampai 9 Mei 2013. Semalam, hari di mana aku bertemu Kekasih...oh indahnya! Bebal kepala Nor Amin atau pun selesa dipanggil Amy Hanter apabila tak berdaya nak faham apa itu 'bertemu Kekasih'. Itu lah kecik kecik tak nak pakai kopiah, bila dah besar rambut setting pacak sampai berejam orang tunggu dia kat kedai kopi...berubahlah Nor Amin.

 Hah! Apalagi, cikgu Sarom start la membebel tak sedar yang dia pun tak berapa nak betul. Malam malam bersinglet. Hantu pocong pun reti bersalut bagai. Bangga ke singlet sampai tak ingat kain kapan tu laa pakaian aok bertemu Kekasih Rabbul Izzati...kakakaka! Aku ni menulis macam orang tak sedar.



Saturday, May 12, 2012

Lukisan


Ubi Marchino kata melukis ni macam mengembara. Kita tak tahu apa akan kita jumpa. Melukis juga macam main muzik. Tak perlu kepada disiplin sangat... Ada orang bagitau dia, lukisan hasil dari belajar sendiri lagi bagus dari lukisan lulusan kelas seni lukis. Jadi tak perlu takut untuk terus melukis... Semua tu saya iakan aje.

Cik Nor pulak cakap masa melukis tu sepetkan la sikit mata supaya dapat capture gambar yang mahu dilukis itu dengan betul.

Yang saya tahu, sebelum nak melukis nampak macam sedikit je kerja kena buat. Bila dah separuh melukis, rasa macam sambung nanti nanti la.. 20 ke 30 bulan akan datang je la. 

Ini Ubi Marchino punya, gua punya sedang tidur menyesal.

Saturday, April 14, 2012

Terdetik walau sedikit



Suatu hari seorang ahli ibadah berjalan kaki ketika panas terik dan ada segumpalan awan di atas meneduhinya sepanjang perjalanan. Di tengah jalan, dia bertemu bahu dengan seorang yang selalu membuat dosa. Dengan semenanya terus ahli ibadah memaling muka ke arah permandangan alam sekitar dan mereka meneruskan perjalanan masing-masing. Tetapi kali ini awan rasa mahu patah balik kerana ahli ibadah angkuh dan mendapati dirinya bagus benar sedangkan pendosa dalam keadaan malu dengan kesalahan kesalahannya.

Kini awan berada di atas pendosa pula.

Friday, April 13, 2012

Alam Gelap

Hayati tidur di waktu ini... Tidur yang sungguh lama setelah diniat begitu. Boyfriend Hayati, Badri Lijen Muhayat ataupun kawan-kawan memanggilnya dengan panggilan Hayat. Begitu juga dia ketika bersalam selalu memperkenalkan diri dengan nama itu.

Hayati mencadangkan beberapa kerja rumah kepada Hayat tadi. Selama hari ini, kerja Hayat hanya tidur dan mahu tidur saja. Bermacam-macam mimpi dia lalui. Tak kurang juga hebatnya mimpi hari ni.

Sambil menyiapkan kerja cadangan tadi, tak terlepas Hayat memikirkan apalah agaknya mimpi girlfriendnya sekarang. Mimpi ditenung serigala juga ke?









Thursday, April 12, 2012

Cahaya

Tahukah korang, yang paling cantik dipandang kat dunia ni apa?

Thursday, November 3, 2011

Senipis kulit bawang


Alahai pedihnya mata mengopek kulit bawang. Nipis tu aje nak buka punyalah pedih. Lepas dah kopek banyak banyak ada satu bawang kaler ala ala kotak rokok Benson dan Hedges. Potong potong tak lut. Hayun pisau, pisau ke lain. Hayun pisau kena sipi bawang, bawang berpusing. Aih, tak rosak lagi binasa bawang hok ini rupanya.

Kepada yang sedang berkira untuk memotong bawang buat masak raya dan yang datang makan je, selamat hari raya korban. Kullu sanah wa antum toyyibun!

Abang Bakri.

Monday, October 10, 2011

Suara

Suhu di tanah firaun hari ini dah kautim semula jika nak dibandingkan dengan suhu semalam yang mana suhunya ya Rabbi ya Karim... Mengkelai tekak nakkan air. Segala macam yang meresap ke tekak bersuhu tinggi.

Semalam....

"Masyi hina ya 'am..."

Turun teksi, gua ke satu kedai 'asir', angkat jari telunjuk tanda 1 dan jari kelingking ke arah tebu yang disandar molek di penjuru dinding. Alhamdulillah setelah meneguk deras air tebu suam, gua sambung semula jalan kaki ke tempat bas. Belenjan peluh, air tebu yang sebenarnya tebu ais tadi dah tak rasa macam baru minum...

Wan, Lee dan Usop sudah menunggu di seberang jalan. Gua harus melintas dengan cermat di jalan yang keadaan lalu lintasnya tak kautim langsung. Wan dengan mulut muncung ke depan nak tidur je dia ni. Lee pula memang kalau tengok nampak cool aje. Semenjak balik dari UK ni haih bukan main lagi sampai dalam bahang pun masih boleh cool. Tapi tak pula tiba bab buat kerja, menggagor tangan merata.... Usop yang berdiri tengah tengah jeling acuh tak acuh. Sms dia tadi gua balas dengan ;

"Dah nak sampai ni..." sambil tangan sebelah lagi menarik pintu teksi baru nak jalan. Hehehehe...

Gua tunjuk isyarat 4 jari untuk 4 orang ada seat tak? Kondukter bas angguk kepala. Naik bas, Wan duduk kerusi depan supaya setting tidurnya lebih ngam. Tak bergegar sangat. Belum sempat enjin bas hidup, dah hidup betul dengkurnya si Wan ni. Usop, gua dan Lee duduk ke belakang sedikit. Maka menggelongsorlah kami selama 1 jam setengah kalau tak jam ke tempat ada hal masing masing.

***

"Pandai ikat?" Tanya Lee.

Rokok jenama Cleopatra gua nyalakan sambil geleng kepala. Agak takda siapa nak tanya dah, Lee pun mengikat bagasi Usop. Usop akan pulang ke malaysia pagi nanti. Bagasi itu beratnya boleh barai juga la zip dia kalau tak ikat kemas.

"Bak sini."

Melihat dari tadi step pertama pun tak setel, gua ambil alih kerja mengikat. Talinya bersimpul sebab tali lama yang dipakai berulang kali. Kerja macam ni perlukan kepada cool tadi lah baru kena pada tempatnya. Dari siang hanya jari yang bekerja. Lidah duduk rehat.

Hari ini...

Buat panggilan ke Malaysia tercinta... Dari hello sampai ke bye tone suara kena tinggi. Suara jadi macam cakap dalam gua. Patutlah rehat je tekak semalam, hari ni kena bekerja keras. Makanya dengan ini tekak menjadi semakin power mengeluar dan menelan segala rasa sampai hilang ke alam nyata.



Asir : Jus buah-buahan

Masyi hina ya 'am : Ok, berhenti di sini saja, tuan.