Saturday, June 19, 2010

Hari yang barai

Ini hari hari sabtu, gua jadi tak menentu sangat. Panas dia lain macam pergi ke 40 darjah selsius. Burung di udara terbang sambil mengesat peluh. Ada burung yang sampai terlanggar bangunan dek ralit mengesat peluh. Rakyat Mesir pun lebih gemar duduk santai di depan TV dengan berbaju ataupun tidak. Gua perati jalan raya yang paling lurus kira kiranya nampak tepat dari balkoni rumah gua ni. Jauh di sana nampak macam air laut. Orang kata itu fatamorgana. Gua jadi tus air liur. Gua masuk bilik pekena baring. Macam baring atas tar.


***

Sampai ke malam rupanya panas dia. Entah macam mana gua boleh terlelap. Apa jadah gua mimpi swimming pool tadi. Gua bangun terus lipat tar alas baring gua tadi, gua sandar ke dinding. Peluh manikam yang mengalir gua capai guna lidah. Masin tak patut. Nak mandi dah berjuta kali mandi sampai kulit kering. Gua batalkan niat mandi sebab air paip dah jadi suam suam kuku. Apa? Minum mineral water banyak banyak? Gua tengah minum la nih. Ini jam satu saja dalam kepala, join penguin berenang kat antartika idea yang paling bernas. Tapi, gua batalkan lagi niat cerdik itu memandangkan kat rumah gua ada peti sejuk.

"Errkkk" sendawa rasa tom yam tengah hari tadi tak hilang lagi. Pekat betul masakannya. Jamal yang dari tadi terkerenying depan laptop mula buat muka kelat. Kekerenyingan dia terhadap fesbuknya semakin tawar mungkin disebabkan faktor cuaca. Kacip betul dia dengan fesbuk. Dia punya kacip macam pakwe makwe.

"Chor! Kedai belakang jom! Pekena Hawawsyi nak?" ajak gua sedikit keras. Jamal dengan 'Hawawsyi' ni begitu sinonim. Muka dia dengan 'Hawawsyi' pun kadang kadang dah nak sama. Jamal hilang di telan debu menusuk ke bilik. Kelibat dia tak jauh beza dengan khinzir berlari ke hutan. Semangat 'Hawawsyi' padu dalam dirinya. Oleh kerana kami makan nasi awal tadi, masing-masing lapar malam ni. Gua nyala kretek satu buat basah mulut sambil menunggu Jamal bersiap. Macam kambing lambatnya. Berspray tu berspray ni. Gua syak dia ada naluri keibuan sedikit.

*Hawawsyi adalah sejenis makanan di Mesir yang bercirikan daging hancur bersalut roti*

1 comment: