Saturday, June 5, 2010

Alyas di negeri ajaib 1



Tup! Tup! Tup!

Kedengaran pintu rumah Alyas diketuk. Mata Alyas masih di tahap yang sama tak reti nak lelap pantas memikirkan buah apa yang nak dituju sekiranya keadaan mendesak. Darah perwiranya mula berderau. 3 hari juga Alyas tak tidur. Matanya merah tua. Siapa pula yang salah rumah tengah-tengah malam macam ni. Bukan dia la nak jerang air buat hidang teh lewat begini.

Jam di dinding jarum minitnya tepat ke nombor 5 dan jarum jamnya tepat ke nombor 12. Bilik Alyas yang pintunya sengaja ditutup rapat menyebabkan pandangan Alyas menembusi dinding meninjau siapa di pintu depan. Sah tiada orang di depan pintu. Tingkap bilik, Alyas selak luas dek menghalau lebihan asap agaknya. Dia mengalih pandangannya ke tingkap. Penampakan kelibat 2 ekor hantu raya memanjat tiang letrik. "Handal juga memanjat. Hmmmm, boleh la dah memang jenis terawang-awang. Ke atas tidak ke bawah pun tidak. Tak pandai nak bertapak." Culas Alyas dalam hati. Fikirannya melayang.


***

Tup! Tup! Tup!

"Ooopocot! Malaikat sujud." sasul Alyas.

Kali ni pintu biliknya pula diketuk. Mata ajaib Alyas tak menjadi. Pandangannya hanya sampai di permukaan pintu.

"Abang! Buka pintu bang!" Jerit kecil adiknya dari luar. Alyas terbang ke pintu terus mencapai tombolnya. "Buat apa susah betul orang mengetuknya. Tido mati aok nih. Ni kalau rumoh terbakor aok terbakor la juga." Adiknya pun beredar setelah memberitahu 3 perkara kepada Alyas dengan muka bengang. Ke dalam sangat lamunan Alyas tadi.

Jam di dinding tepat 1 pagi. Perkara yang ke 3 sebenarnya ada orang sedang menunggu Alyas di depan rumahnya. Alyas berdebar... Dup dap dup dap...

No comments:

Post a Comment