Tuesday, December 21, 2010

Alyas di negeri ajaib 3

Dalam pengembaraan intuitifnya, Alyas dipertemukan dengan seorang manusia asing dari belahan bumi sebelah timur. Manusia asing itu mengenakan Niqob(pakain penutup wajah), berjubah, berserban dan bermahkotakan kebaikan serta keindahan.

Dia mengucap salam kepada Alyas di awal pertemuaan mereka dengan lisan al Kamal(kesempurnaan). Ketika Alyas menjawab salamnya, dia memandang Alyas. Tampak wajahnya bersinar laksana purnama. Susuknya adalah cerminan keDiaan Nya dan kebijaksanaanNya. Tampak pada dirinya kepasrahan yang utuh, sungguh ia merupakan manifestasiNya yang Syamil(utuh). Kerana keindahan itu, Alyas jadikan manusia asing itu cermin dirinya. Alyas lalu bergabung dengan manusia asing dan dibawa melangkau buana ke alam ketinggian hingga sampai di sisi Rabb Arsy.

Di tempat itu alyas menaiki kursi taqdir-Nya. Alyas tegakkan neraca I'tibar. Alyas sirnakan diri di alam ketinggian tersebut sehingga dia benar-benar Fana'(sirna) di sisi-Nya. Alyas beroleh keberuntungan dapat mengkais pemahaman hakiki. Alyas pun bisa mengetahui hakikat makrifat. Alyas benar-benar terpesona mendengar perkataan manusia asing itu, kata-katanya sarat hikmah ketuhanan dan padat makna memancar terang ke semesta cakerawala kalbu dan alam fikir Alyas. Sungguh di alam itu peranan akal dan fungsi logik fikiran sangatlah nihil ketajaman mata hati, kejernihan jiwa dan kesucian ruh.

Dengan mata hati, jiwa dan ruh yang sebenar itulah yang menuntun Alyas ke samudera rahsia ketuhanan hakiki. Alyas dapat merasakan betapa sempurna dan indah wajah kehidupan ini dan tirai penghalang telah lenyap dalam diri ini. Wajah keagungan, kesempurnaan, keindahanNya benar-benar tampak di hadapan diriku. Di hadapanku. ~TAMAT~



Friday, December 17, 2010

Alyas di negeri ajaib 2

<-----Sambungan dari

Angin kuat menderu masuk ke ruang tamu rumah Alyas. Sedikit terpejam mata Alyas menahan angin sejuk malam itu. Pintu depan rumahnya yang dibuka tadi ditutup perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur yang lain.


*****

Alyas berada betul-betul di hadapan kubah biru lalu cuba menyentuh kubah itu. Belum sempat jarinya mengena kubah, Alyas mendengar suara seorang alim bertutur kepadanya tentang ciri-ciri burung garuda. Alyas sangat bersemangat mendengar dan berharap dapat menangkap burung garuda tersebut dalam genggaman tangannya lantas bertanya kepada insan alim.

"Tuan, mohon anda perjelas keterangan anda hingga aku dapat memahami ciri-ciri burung tersebut."

Insan alim menjawab. "Garuda itu benar-benar merupakan keajaiban hakiki dan seekor burung yang super unik, ia memiliki enam ratus sayap dan seribu bilangan ekor. Sesuatu yang dilarang pada yang lain dibolehkan baginya. Ia bernama Safah bin Safah, tertulis di sayap burung garuda itu nama-nama yang bagus. Citra huruf Ba' ada di kepalanya, huruf Alif di dadanya, huruf Jim di dahinya, huruf Ha' di kakinya sedangkan huruf-huruf lain ada di matanya. Ciri khusus burung garuda itu di pergelangan kakinya terdapat cincin."

Alyas berkata lagi kepada insan gharib tersebut. "Tuanku, dimanakah sejatinya tempat burung tersebut?"

Ia menjawab. "Burung itu berada di hamparan padang yang luas dan di tempat-tempat kebaikan. Kau boleh memakrifahi ibarat-ibarat,metafor-metafor dan simbol-simbol serta menangkap isyarat-isyaratnya. Dengan itu bererti kau telah mampu melintas cakerawala bintang-bintang dan kau berhak bersanding dengan para malaikat."

Alyas berusaha mencari keajaiban yang disebut dengan Burung Garuda Emas tersebut akan tetapi tidak menemukannya dan tidak mendapati metafor-metafor keberadaannya. Alyas hanya dapat menemukan namanya namun tidak bisa menggapai sifat, ciri, karakteristik dan bentuknya.

Dengan sebab itu Alyas tanggalkan sifat-sifat pada dirinya dan Alyas leburkan dirinya dalam falak zat. Alyas tenggelam di dasar samudera yang bernama al Bahirah. Maka sayap-sayap Nun padanya pun berdiri tegak menghantarkan Alyas terbang di atas kampung al Maknun iaitu sebuah kampung yang tersimpan di tempat rahsia. Alyas terdampar di kampung asing tersebut lantas tinggal di dalamnya beberapa saat tanpa bisa mendengar dan melihat.

Ketika dia membuka matanya, Alyas terlepas dari pasung al Aina. Alyas menemukan isyarat-isyarat dalam dirinya. Tiba-tiba Alyas berasa memiliki sayap-sayap yang berhiaskan sanjung puji, Alyas dapati huruf Alif dan Jim di dadanya, huruf Ha' di dahinya. Tidak ada rahsia yang tidak terbongkar dihadapnya. Semua ilmu dihadirkan pada dirinya. Alyas pun mengerti sejati dirinya adalah manifestasi Diri Nya. KeDiaan Dia ada pada keakuan diri begitu juga sebaliknya. Saat itu tampak noktah kesejatianNya dan reduplah kesalahan. Maka tampaklah metafor kehidupan insan-insan yang telah meninggal.

Wednesday, December 15, 2010

Latifah keDiaan, keAkuan

2 pertiga malam di akhir persifatan. Tenang takde apa. Yang ada hanya satu. Satu kegelapan di mata kasar. Benda sekeliling yang ada nampak juga tapi samar. Semuanya dari satu. Mulanya nampak banyak pada yang satu. Kemudian nampak satu pada yang banyak sehingga nampak satu pada yang satu.

Adanya kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Punyai wawasan dan visi. Disiplin, atur susun kehidupan dan tujuan masing-masing untuk memastikan diri sentiasa terkehadapan di zaman yang serba moden ini. Silakan, silakan. Nampak lekeh bagi yang tak berbuat apa-apa. Nampak ketinggalan. Nampak takde masa depan. Nampak kodi.

Apa yang diperjuang? Apa yang dipertahan? Apa sebenarnya yang diperbalah tu?

Monday, December 13, 2010

Sekolah

Malam tadi gua ulang semula satu kerja yang bagi gua benda paling sedap dibuat...

Mansurah ke Tanta keeeee Mansurah ke Kaherah ni? Sedap ke Kaherah lagi rasanya tapi badan kata elok ke Tanta saja. Seminggu kebelakangan ni gua sibuk dengan kerja menguruskan sebuah keluarga yang datang berjalan ke Mesir ni sempena cuti sekolah di malaysia sambil melawat anak yang belajar di sini. Seminggu gua makan sedap, tidur kat tempat sedap. Cara orang kaya-kaya.


10 minit sebelum...

Gua tahan teksi nak ke stesen bas. Pergi dulu stesen nanti baru putuskan kehendak nak ke mana. Masa tahan teksi macam biasa gua sebut tempat nak pergi, pakcik teksi berhenti setuju. Gua pun naik teksi dan duduk. Pakcik teksi suruh gua ulang sebut nama tempat tadi. Gua ulang sebut kot kot pakcik teksi salah dengar ke tadi. Nanti lepas ke tempat lain pula. "Aok punya lahjah macam orang Mesir. Aok bukan orang Mesir kan?" Balas pakcik teksi dalam dialek Mesirnya. Terkilan juga gua. Ada juga yang gua dapat selama 5 tahun gua kat sini. Belajar tak ke mana. Orang suruh kasi ceramah memang gua tak boleh. Gua ni jenih bedebor.

Badan gua penat, otak penat, mulut lenguh, jari ketar, makan tak laju sangat dan memang gua nak lelap kejap dalam teksi tu.

Malam berlanjutan. Gua menaiki Peugeot jenis lama menuju ke Tanta. Salah satu jenis kenaikan awam di sini. Kehendak lebih ke Tanta bukannya Cairo. Tenang malam menempuh lebuh raya benda paling sedap bagi gua kat Mesir ni. Semuanya bagai serasi sehinggakan 1 jam rasa macam 5 minit. Peh, gua dah sampai. Gua tak sabar nak ke sekolah besok!






Thursday, December 9, 2010

Wajah satu Ismail

Setelah lama tidak bertegur...Kami pun menaip di halaman facebook masing-masing....

Ismail : Peh

Gua : Peh, rindu gila.

Ismail : Peh, keh demam ni!

Gua : Lor, aok pekena musim sejuk kat sini ke? kehkeh

Ismail : Kehkehkeh. Aok dah baik demam? Ke tak demam?

Gua : Keh demam 2 minggu. Baru hari ni batuk kurang. Tu keh cakap duduk sini tak pernah rasa sihat lg.

Ismail : Aok kena minum banyak air. Bawak kulu kilir air dalam botol. Betul ni.

Gua : Bawak air kulu kilir. Cilakak.

Ismail : Keh ni dah tiga botol malam ni. Kencing toksah cite lah. Memang tepi pintu je.

Gua : Haha. Aok bz ke? Jarang on?

Ismail : Tak juga. Jenis menyorok.

Gua : Keh selalu je on. Aok tak tego.

Ismail : Aik tak nampak pun hari ni baru nampak

Gua : On tu on. On sampai ke lautan sifat. Aok kena menyelam ke sana la baru nampak.

Ismail : Faking! periksa dah habis ke tak ni?

Gua : Hehe. Belum. Bulan 1 ni. Buku sikit tak bukak lg ni.

Ismail : Peh.

Gua : Keh ingat nanti jawab pakai rasa je.

Ismail : Kehkehkeh. Nanti keh bantu dari sini.

Gua : Ok set. Kira buku subjek untuk keh jawab periksa ni bagi ke orang la dak?

Ismail : Cari orang yang pakai jeans hitam yang lalu depan rumah aok kejap lagi. Rumah aok kat mesir tu, bukan kat malaysia ni. Org first yang lalu tau. Ha, bagi ke dia. Jangan pandang mata dia.

Gua : Haha, babi betul!

Ismail : Keh serius ni! kehkehkeh.

Gua : Orang tu kalau pandang ke atas memang rambut dia macam gitaris primary tu kan?

Ismail : Faking lu dapat baca fikiran gua!

Gua : Semua dalam benak gua dah. Keh tengah sembang dengan sorang brader ni. Boleh tahan ilmuan dia.

Ismail : Ke takde org kat sini...

Gua : Faking! gua baru je lalu tepi rumah lu. Sempat kalih ke dalam bilik lu. Yang ada memang bukan orang. kehkeh

Ismail : Cilakak! kehkehkeh. Keh silap taip tadi. keh nak cakap, keh kat sini takde org nak sembang art.

Gua : Oooo dah agak. Ajak kumprinx. Padil tu gayanya tahu, saje sombong.

Ismail : Tulah. Diorang tu kuat baca, keh ni kuat teka je.

Gua : Lu memang true Mail.

Ismail : Keh gerak dulu! makam nasik jap.

Gua : Orait, memang true. Selera dak makan nasi ni?

Ismail : Makam ok je.

Gua : Lu memang true. memang true!

Ismail : Yes. gua dah di latih makam dalam apa jua keadaan. Moto gua adalah,"makam untuk menentang yahudi!" yesss!

Gua : Keep it up Mail! Keep it up!


5 minit kemudian.....................................


Ismail : Lawak ke tak ni? Lu tak gelak pun?

Gua : Cilake. Lawak la. Gua tulis blog ni. Fokus ke blog lagi.

Ismail : Ok2, terus link kang.

Gua : Orite.

Ismail pun beredar ke meja makamnya. Kahkahkahkah
Lapor campur jari ketor agaknya penangan demam. Tu la orang kabo jangan main hujan.

Monday, November 22, 2010

Kembali bersatu

Ceritanya bermula begini.

Suatu masa yang lalu di kota Baghdad ketika seorang gadis datang ke situ dari kampung asalnya yang terletak di pinggiran tanah arab untuk bekerja sebagai pembantu rumah seorang hartawan yang bernama Jalaluddin setelah diberitahu gadis itu mempunyai kepandaian memasak kebab dan kebabnyalah kebab yang paling sedap mentelah pula menu itu merupakan menu kegemaran hartawan tersebut.

Gadis itu pun disenangi oleh keluarga hartawan tersebut kerana sangat pandai bekerja juga pandai mengambil hati keluarga hartawan sejak dari hari pertamanya bertugas di situ di mana keluarga hartawan terdiri daripada 4 orang isteri yang menghasilkan zuriat seramai 22 orang dibahagikan kepada 11 lelaki dan 11 perempuan cukup untuk dilatih sebagai 2 pasukan bola sepak.

Maka dengan itu rumah hartawan saban hari menerima kunjungan kerabat ternama yang datang dari seluruh pelusuk tanah arab dan jamuan besar kerap diadakan bermenukan kebab istimewa menyebabkan bertambah beratlah kerja si gadis setimpal dengan imbuhan yang diberikan hartawan tersangat cukup untuk menampung keluarganya di kampung.

Pada hari sabtu ketika itu bersamaan 13 mac tahun 65o datanglah segerombolan rombongan yang diketuai Menteri dari sebuah wilayah letaknya di Parsi ke kota Baghdad atas tujuan merapatkan hubungan lama dan singgahlah mereka ke rumah hartawan setelah diberitahu tempat santapan paling sesuai. Hajat hartawan ingin mengubah sedikit cara hidangan menu kebabnya dengan menyediakan kebab bertingkat berbentuk sebuah masjid terkenal di Parsi. Gadis pun melakukan sebaik mungkin apa yang ditugaskan kepadanya berbekalkan kemahiran yang ada.

Hari silih berganti, bulan demi bulan dan tahun demi tahun bekerjalah gadis dengan tekunnya di situ sehingga berlaku sesuatu yang amat misteri pada dirinya. Pada malam itu, gadis yang tadi siangnya sibuk bekerja sukar untuk melelapkan mata sehinggalah matahari terbit masih belum dapat tidur. Pagi itu, gadis cuba bangun tetapi hanya matanya sahaja yang boleh dipejam celik. Tubuhnya kaku seperti kayu. Tidak boleh bercakap dan mendengar.

Hartawan sangat risau dengan keadaan gadis sehinggah dia mengisytiharkan kepada semua tabib tabib siapa di antara mereka yang berjaya mengubati penyakit misteri gadis tersebut akan dihadiahkan 3 ribu dinar. Dengan itu berduyun-duyun lah tabib ke rumahnya saban hari untuk mencuba kemahiran mengubat masing-masing.

Sebulan berlalu masih belum ada tabib yang berjaya mencari punca penyakit gadis apatah lagi mengubati sehinggalah datang seorang tua berpakaian lusuh berkaki capek kepada hartawan. "Yang sebenarnya, gadis teramat merindui kampung halamannya, tempat asalnya." kata orang tua lantas beredar. Hartwan amat tertarik dengan perilaku serta bahasa si tua tadi. Keesokannya terus di bawa gadis pulang ke kampung. Sesampainya di rumah gadis, dengan serta merta gadis bangun serta berlari mendapatkan keluarganya. Tinggallah gadis dengan gembiranya di situ sepanjang hayatnya.

Rindu ketempat asal memanglah fitrah kita. Asalnya kita dari mana? Lupa...................

Friday, November 12, 2010

Ibu Dunia

Sesampainya gua ke Mesir baru-baru ni, gua pilih cahaya matahari satu-satunya yang wajib gua rasa, bukannya makwe arab. Bandar Cairo pada masa tu suhunya sekitar 25 darjah selsius seperti apa yang diberitahu oleh pemandu kapal terbang sebelum mendarat. Gua sampai tepat pukul 2 petang setelah melalui penerbangan selama 8 jam 25 minit, beriktikaf di lapangan terbang Kuwait selama 5 jam dan berlepas semula ke Mesir lagi 3 jam. Sepanjang 16 jam 25 minit gua berada dalam suhu dingin. Serik juga dibuatnya. Selimut tak dibaginya, tak ditanya jenis makanan apa yang dimahu dan merokok menjadi kesalahan. Itulah Kuwait Airways.

Lebih kurang 20 minit gua bersedap di bawah sinaran matahari, kereta sukan bersama seorang 'driver' yang ditugaskan menjemput gua di bandara pun tiba. Apahal makwe-makwe sekeliling pandang gua macam gua kaya. Muizuddin atau nama samarannya Mizo merupakan sahabat rapat gua dan dialah yang akan membawa gua ke destinasi seterusnya. Setelah bersalam, berpeluk dan bertanya kabar seberapa ringkas, kami pun terus menaiki kereta supaya dua kerja dapat terjalin dalam satu masa iaitu bersembang panjang sambil menuju ke kediaman kami yang tidaklah begitu jauh. Kebiasaannya lapangan terbang dibina di hujung-hujung bandar untuk mengelak dari kesesakan begitu juga kediaman kami yang letaknya di hujung bandar.

Kenderaan bersimpang-siur. Laungan hon bersilih ganti. Arab bergaduh di tengah jalan raya yang sesak kes bumper calar sikit. Dua-dua tak mengaku silap. Si miskin berteduh di celahan bangunan-bangunan yang diselaputi debu tampak usang. Semuanya berpusat di kesesakan kota yang bernama Kaherah. Kota keriuhan yang menyimpan sejuta macam cerita. Gua senyum puas dan ingatan ketika di tanah air hilang entah ke mana.

Nampak serabut dan rimas pada pandangan......

"Hazihi haqiqotun Al-Masri"

Saturday, July 17, 2010

Apa yang di nilai





Rambut panjang yang hanya 'made in' United Kingdom itu yang disambut. Itu yang dibahan. Seorang pelajar lepasan Universiti Al-Azhar pulang ke tanah air dengan berambut panjangnya. Selaku bayang-bayang dari sinaran matahari bercantum mengikut gerak laku zat. Dalam kilauan terang sampai tak ternampak oleh kelemahan pancaindera yang tertipu. Hanya luaran yang dikira sedang bukit pun hancur. Apa yang ada? Mentari rembang memancar sengat bagai gara berdosa seluruhnya. Sedang tertipu mengikut rentak tanpa tahu punca. Bagaikan sangkar tanpa penghuni. Burung berharga terlepas lari. Sayang.

Dalam yang kecil ada yang besar kerana sebenar. Sebenar jadi jalan kepada kenyataan semuanya dari kasih. Gelap sahabat malam menari-nari sang pencinta merindui kekasih. Perempuan berlurah sendat sahabat mata rapat sekali sehingga roboh perantara. Serbuk putih digering halus tumpas lumpuh di perut straw.

Malam, pintu tertutup rapat menghijab katil yang berjoging mengalun rentak. Hardcore sungguh. Bayang lain menari-menari longlai terhuyung hayang. Air mengalir sedikit keputihan melalui longkang nafas Vodka 42 Below. Jejak nyata susah terkapai mencapai sesuatu yang pegun. Dada mesra bersama alunan muzik urban. Lidah tetap kaku beku. Mengapa begini?

Wednesday, July 14, 2010

Hijab Kekasih

Insan,
ibarat syaitan,
majaznya malaikat di pertengahahan jalan,
carilah jalan mengingati akan hal insan,
agar tidak terpinga di hari pembalasan.

Friday, July 9, 2010

Langit lelangit

Semalam gua beli tiket kapal terbang melalui ejen penerbangan Egypt Air. Tarikh kat situ 12.7. Siapa-siapa yang ada Ferrari tu datang la jemput gua kat lapangan terbang nanti. Alhamdulillah gua dapat seat sebelah driver. Boleh juga belajar hendel kapal terbang ni. Asalnya memang niat gua nak jadi penternak lembu. Sambil menternak lembu sambil menunggang kuda menghendel lembu-lembu pulang ke kandang sebelum maghrib. Memang cowboy punya scene macam dalam TV. Gua bangun pandang ke cermin. Ciri-ciri tu ada. Cilake gua tak perasan selama nih. Tinggal rambut je barai nak kena potong dan bahasa Inggeris gua bersepah. Kelas bahasa berapa RM sekarang?

"Yes, pilot paling tepat." Gua jadi riang tak menentu. Sekali-sekala senyum gua lebeh ke gaya Tom Crus. Yang gua tahu serba sedikit pasal objek terbang ni gua nak kongsi sedikit dalam entri kali ni.

Kapal terbang berlepas ke udara naiknya serong. Dah naik tinggi sikit kapal terbang mula buat lencongan menuju ke destinasi masing-masing. Ada ke barat, timur, utara, selatan atau yang kena telan dengan segitiga bermuda. Tapi yang ni jarang jadi. Dah takde keluar mastika dah cerita pasal segitiga bermuda ni.

Roket pula naiknya menegak menuju ke langit. Satu penujuan yang memang tak akan sampai. Buraq, Muhammad dan Jibril?... Boleh jadi 2020 nanti tol dimansuhkan. Gila nak buat tol kat udara.
Boleh jadi juga berlaku kesesakan lalu lintas di udara. Burung dah start belajar jalan kaki dengan kayuh basikal.

***

Owh, duit gua rupanya dah tinggal beberapa helaian saja. Bab tabung menabung ni gua tolak tepi. Tabung bentuk tabung haji gua masa sekolah sekolah dulu gua ada dua. Duit raya jangan harap masuk ke situ. Kelas bahasa? Bayar pakai air liur boleh kan? Lidah ni keras juga nak menyebut perkataan inggeris. Mungkin sebab gua ni jenis pendiam orangnya, sopan, berbudi bahasa, bertanggungjawab, ringan tulang, panjang tangan dan panjang akalnya. Dalam diam ada satu nilai kasih yang gua perasan. Lidah kita menunjuk ke lelangit masa diam membisu ni yakni menunjuk ke atas. Menunjuk yang satu. Anjing?


Gua dah mula praktis cakap inggeris nih. Mana mana yang tegur gua dalam bahasa melayu gua ludah kat situ juga.

Saturday, July 3, 2010

Jangan terpedaya hai insan




Hidup ni kena biasa. Kita makan, kenyangnya sekejap saja. Sihat tak la memanjang sihatnya, adakala ke hospital juga. Adakala kocek sarat berisi duit, tapi time kering mula la memandang ke kocek kawan rapat. Katak melompat reti juga nak letih. Apa yang paling penting, kita ni bernafas turun naik udaranya. Masa sedut rasa kuat bertenaga, masa hembus kecut takde apa. Lemah lembik macam pacat.

Takde yang boleh pergi terus.

Saturday, June 19, 2010

Hari yang barai

Ini hari hari sabtu, gua jadi tak menentu sangat. Panas dia lain macam pergi ke 40 darjah selsius. Burung di udara terbang sambil mengesat peluh. Ada burung yang sampai terlanggar bangunan dek ralit mengesat peluh. Rakyat Mesir pun lebih gemar duduk santai di depan TV dengan berbaju ataupun tidak. Gua perati jalan raya yang paling lurus kira kiranya nampak tepat dari balkoni rumah gua ni. Jauh di sana nampak macam air laut. Orang kata itu fatamorgana. Gua jadi tus air liur. Gua masuk bilik pekena baring. Macam baring atas tar.


***

Sampai ke malam rupanya panas dia. Entah macam mana gua boleh terlelap. Apa jadah gua mimpi swimming pool tadi. Gua bangun terus lipat tar alas baring gua tadi, gua sandar ke dinding. Peluh manikam yang mengalir gua capai guna lidah. Masin tak patut. Nak mandi dah berjuta kali mandi sampai kulit kering. Gua batalkan niat mandi sebab air paip dah jadi suam suam kuku. Apa? Minum mineral water banyak banyak? Gua tengah minum la nih. Ini jam satu saja dalam kepala, join penguin berenang kat antartika idea yang paling bernas. Tapi, gua batalkan lagi niat cerdik itu memandangkan kat rumah gua ada peti sejuk.

"Errkkk" sendawa rasa tom yam tengah hari tadi tak hilang lagi. Pekat betul masakannya. Jamal yang dari tadi terkerenying depan laptop mula buat muka kelat. Kekerenyingan dia terhadap fesbuknya semakin tawar mungkin disebabkan faktor cuaca. Kacip betul dia dengan fesbuk. Dia punya kacip macam pakwe makwe.

"Chor! Kedai belakang jom! Pekena Hawawsyi nak?" ajak gua sedikit keras. Jamal dengan 'Hawawsyi' ni begitu sinonim. Muka dia dengan 'Hawawsyi' pun kadang kadang dah nak sama. Jamal hilang di telan debu menusuk ke bilik. Kelibat dia tak jauh beza dengan khinzir berlari ke hutan. Semangat 'Hawawsyi' padu dalam dirinya. Oleh kerana kami makan nasi awal tadi, masing-masing lapar malam ni. Gua nyala kretek satu buat basah mulut sambil menunggu Jamal bersiap. Macam kambing lambatnya. Berspray tu berspray ni. Gua syak dia ada naluri keibuan sedikit.

*Hawawsyi adalah sejenis makanan di Mesir yang bercirikan daging hancur bersalut roti*

Saturday, June 5, 2010

Alyas di negeri ajaib 1



Tup! Tup! Tup!

Kedengaran pintu rumah Alyas diketuk. Mata Alyas masih di tahap yang sama tak reti nak lelap pantas memikirkan buah apa yang nak dituju sekiranya keadaan mendesak. Darah perwiranya mula berderau. 3 hari juga Alyas tak tidur. Matanya merah tua. Siapa pula yang salah rumah tengah-tengah malam macam ni. Bukan dia la nak jerang air buat hidang teh lewat begini.

Jam di dinding jarum minitnya tepat ke nombor 5 dan jarum jamnya tepat ke nombor 12. Bilik Alyas yang pintunya sengaja ditutup rapat menyebabkan pandangan Alyas menembusi dinding meninjau siapa di pintu depan. Sah tiada orang di depan pintu. Tingkap bilik, Alyas selak luas dek menghalau lebihan asap agaknya. Dia mengalih pandangannya ke tingkap. Penampakan kelibat 2 ekor hantu raya memanjat tiang letrik. "Handal juga memanjat. Hmmmm, boleh la dah memang jenis terawang-awang. Ke atas tidak ke bawah pun tidak. Tak pandai nak bertapak." Culas Alyas dalam hati. Fikirannya melayang.


***

Tup! Tup! Tup!

"Ooopocot! Malaikat sujud." sasul Alyas.

Kali ni pintu biliknya pula diketuk. Mata ajaib Alyas tak menjadi. Pandangannya hanya sampai di permukaan pintu.

"Abang! Buka pintu bang!" Jerit kecil adiknya dari luar. Alyas terbang ke pintu terus mencapai tombolnya. "Buat apa susah betul orang mengetuknya. Tido mati aok nih. Ni kalau rumoh terbakor aok terbakor la juga." Adiknya pun beredar setelah memberitahu 3 perkara kepada Alyas dengan muka bengang. Ke dalam sangat lamunan Alyas tadi.

Jam di dinding tepat 1 pagi. Perkara yang ke 3 sebenarnya ada orang sedang menunggu Alyas di depan rumahnya. Alyas berdebar... Dup dap dup dap...

Monday, May 3, 2010

Jalan

Pautan kasih ku kenal sendiri

Lahirmu umpama syaitan,
Jasadmu bergerak tanpa taklifan,
Tingkahmu tidak dikira amalan,
Salahmu tidak menjadi ukuran.

Besarmu mengenal betul dan salah,
Langkahmu menuju ke tempat ibadah,
Dengarmu akan suara si berkopiah,
Melontar seribu satu tarbiah.

Dewasamu umpama malaikat,
Apa yang salah semua dilihat,
Dibalah dikritik perkara subahat,
Ingin menjadi orang selamat.

Jagamu dari mimpi beerti,
Terhantuk dari lamunan sepi,
Apalah ada malaikat baik hati,
Insan jua martabat tinggi.

Kandasmu jangan ketika di syaitan,
Hentimu jangan ketika di malaikat,
Bukalah hati nampaklah jalan,
Kelak bertemu bersatu selamat.

Thursday, March 11, 2010

hei kersani!

belatuk kerja mematuk

Ketika ekonomi Malaysia merosot dulu, ramai yang mula tak senang duduk. Kegiatan jenayah makin meningkat seperti rompakan, peras ugut, hulur rm20 ke polis trafik buat duit teh. Yang paling meluas ada juga yang menukar karier dari guru tadika ke penjual besi padu. Tak kurang juga yang tukar warganegara.

Sebelum tu besi buruk semua di anggap sampah, tak pakai lempar ke sungai. Tapi nasib besi berubah lepas tu. Orang dah mula pandang tinggi terhadap besi. Besi besi yang pernah dibuang ke sungai suatu ketika dulu dicari semula. Ada juga yang tunggu keretapi kat sebelah stesen yang keretapi memang tak berhenti kat situ. Mungkin nak lari dari kesibukan stesen.

Besi kren, kabel pencawang, besi angkat berat di nilai ikut kategori berat masing masing. Mana yang lebih berat lagi kaya. Sekilo jatuh 0.75 sen juga. Besi plat buat alas masak 'burger' gua nasib baik tak kena rembat. Kalau mintak baik baik gua kasi jari hantu. Besi plat ni tebal dia dalam 1 cm saja. Dengan besi plat ni, cuba cari burung belatuk yang tengah menebuk lubang. Kerja menebuk lubang kat pokok tu makan behari-hari juga. Takkan sehari je siap. Lenguh juga tengkok burung. Masa rehat burung ni la cuba tutup lubang yang belum siap tu dengan besi plat tadi. Pastu jangan lupa tadah kat bawah pokok dengan kain. Lagi besar kain lagi menjamin. Nak lagi sempurna tadah bawah sikit je dari lubang tu. Biarkan sampai kerja burung selesai.

Datang la lepas tu tengok apa yang ada atas kain.

Monday, March 1, 2010

Sampai ke tak?

Kreh kroh kruk kruk...., bunyi Salim sedang menyental gigi giginya yang kurang teratur juga. Tapi gigi berlapis la orang kata suara sedap.

"Man, esok pagi pergi Husin apa?" Tanya Salim tiba-tiba. Gua syak kalau bukan sebab nak beli barangan melukis tak lain mesti nak jumpa Pak Husin.

"Kita try sambut maulidul Rasul kat sana." sambung Salim. Gua diam tanda setuju. Selama ni gua dengar kat sana orang sambut sakan. Esok gua nak rasa sendiri. Paling kurang ada juga cerita buat sembang 'time' balik kampung nanti. Pastu boleh juga usha atas jalan. Untung poket dapat juga rezeki tak di duga. Bukan tak pernah. Semangat gua jadi menaik tiba tiba. Macam nak pergi terus malam ni tidur kat sana bawa tikor.

"Esok kita pakai jubah Salim, bawak beg galas satu berisi pakain harian. Lepas habis sambut kita fight bowling. Amacam?" Salim yang dari tadi terbelek belek depan cermin mengangguk tanda setuju. Jenis tak berapa nak layan. Lebeh ke cermin lagi.

Jubah? Mana gua ada jubah. Alah, bukan tak biasa kongsi kongsi. Tak pun beli je kat Husin terus pakai. Bukan apa, mahu je gua pakai baju melayu tapi nanti arab pandang jakon. Mula la nak buat aksi pendekar nanti.

Macam biasa sebagai seorang 'student' yang pentingkan masa, gua bersiap siap untuk tidur sekali dengan kunci jam tepat pukul 5 pagi. Duit syiling gua isi siap dalam beg. Esok nak pegi awal takut 'jam'. Lama juga gua cuba pejam mata, tapi terkebil kebil tanda payah tidur sampai la ke pukul 3. Rokok pula dah habis. Pasal la mata ni susah sangat nak lelap. Tepat pukul 3.56 pagi baru la mata jadi berat. Gua pejam dalam dalam.


***

"Bayar la 15 'genih'." Salim pun bayar muka berat. Bukan main lagi nak naik teksi pagi tu. Pukul 8 pagi, gua dengan Salim dah pun sampai kat Husin. Boleh tahan juga cuaca pagi tu sejuk mencengkam paru paru. Gudang Garam lebih semalam gua sedut dalam dalam. Nyaman. Gua tak jadi pakai jubah pagi tu. Salim macam biasa pakai 'jeans' koyak tumit dan berjaket kulit .

Seperti yang disangka, ribuan manusia membanjiri Husin sampai ke sempadan 'Atabah. Ah, mana tempat nak menapak, mana tempat nak 'port' pun gua tak tahu. Penuh sangat orangnya. Semangat jadi turun, nak saja pergi Dahab 'snorkling' tanda protes. Apa boleh buat kaki pun dah sampai. Cari makan pun cun juga ni. Teringat pula kedai Ammu Ali. Ayam bakar kat situ memang selera dia menaik dari tempat tempat lain. Kami pun melangkah lepas ambil gambar beberapa keping. Kedai tu kena lintas banyak lorong juga. Lorong jual kunyit ada, lorong jual kain kiswah ada, ada tu jual kulit arnab bertulisan khat jenis paksa beli. Sampai satu sudut, nyaris juga kena langgar dengan basikal. Stail bawa basikal laju-laju pastu suruh orang yang elak. Cilake. Kat 'beskal' letak radio pasang kuat kuat. Sakai. Tiba tiba gua nampak satu kedai ni. Mungkin ada kat dalam ni. Gua singgah kejap sambil senyum kat seorang brader ni.

Keluar kedai kami terus ke tempat yang dituju. Sesampainya di sana. Pasal apa gua rasa semacam saja. Dah dibangun ke tempat ni. Bersih semacam. Gua pandang papan tanda bertulis Jalan Telawi 3. Lah, lepas ke Telawi. Telawi tak Telawi perut dah lapar ni.


***

Truut truuut truuut,

Ah macam kenal je bunyi tu. Cis, gua atas tilam lagi ni. Jam silap kunci pergi kunci pukul 5 p.m. Apsal gua nampak huruf P jadi A semalam. Salim senyum sambil tangan pegang rokok sebelah lagi pegang tetikus.


Malam itu gua tonton filem 'The Dreamers'. Keh keh keh

Friday, February 26, 2010

Belajar atau bekerja? belaka kejar.

Islam merupakan agama bagi seluruh manusia tak kira bangsa, pangkat, jelita, cun atau jongang. Semua pakai Islam sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Setiap apa yang berkonsepkan panduan ni mestilah ada rukun dan syarat syaratnya. Macam belajar silat ada rukun dan syaratnya juga. Contoh lu orang masuk silat kena mandi minyak dulu. Tok Guru kata nak mandi mesti kene yakin dan berani. Ada yang jenis mandi sampai terkeluar hati jadi hati goreng. Nampak sangat memang tak berani. Jenis ikut orang nak belajar dia pun nak belajar. Rukun pula biasanya 'start' dengan tali pinggang putih sampai ke tali pinggang hitam 'cula 7' apa entah. Yang itu dah kira tahap boleh lawan Mak Lampir pakai dahi.

Pasal Rukun Islam semua dah tahu. Tipu sangat la kalau rukun Islam yang pertama sembahyang lima waktu. Alasan mak yang ajar. Boleh membara juga hati dengar. Kalau zaman tadika dulu ada cikgu suruh hafal sekali dengan makna. Hafal la takut kena denda libas pakai pembaris kayu 100 cm. Ada tu pakai pisau lipat titik atas jari. Tapi senyum saja gua elak. Pakai la pedang tetak atas bahu ke, pistol tembak tepat ke lutut ke. Paling kurang tumbuk tepat ke mata.

Lepas dari kejadian itu, sampai sekarang gua ingat lagi makna kalimah syahadah tu. Gua rasa kalau nak cerita panjang sangat boleh sampai berjilid juga. Jadi, gua nak masuk bilik air basuh gigi dan gosok muka.

Malam ni gua nak jadi baik tidur awal, esok gua bz. Urusan zakat tak setel lagi ni. Dapat nanti boleh juga buat habuan beli rokok. Duit dalam poket pun ada 16 ringgit saja. Itu saja lebihan zakat tahun lepas yang dapat agak agak dekat 2 ribu setengah juga. Dua ribu setengah bahagi setahun jadi sekitar 7 ringgit gua belanja sehari. Duit bas ke kuliah cecah 2 ringgit juga pergi balik. Duit beli air dahaga tengah jalan, beli roti kosong buat alas perut. Ayam seketul dah 4 ringgit sekarang. Duit penyelenggaraan air dan elektrik, peh... Tak apa, gua puasa nasi setahun. Jangan salahkan gua kalau nampak gua kerja kat mana mana.


Yang penting bayar zakat tu rukun Islam yang ke 5.

Thursday, February 25, 2010

Jauh


"Hah, aku dah kat mana ni?" Bentak gua dalam hati separa sedar. Rasa macam nak menangis, tapi gua tahan keras sambil terpinga-pinga tak tahu lepas ke mana. Pasal apa mata gua pejam tak boleh buka, pasal apa gua rasa lemah tak boleh berdiri. Nak diri pun tak boleh, ah jangan ada hati la nak berjalan. Masa tu mana gua reti lagi nak ke Tesco, Giant, Seven E dan Rush Club. Apa gila nak tahu semua tu. Gua kat dunia sekarang ni. Dah banyak yang gua lupa, lupa, lupa.....

"Allahuakbar Allahuakbar", bunyinya macam guna kod Am. 'Tune' boleh pergi, cuma kantoi belah belah hujung saja. "Haaaaa, macam nak ingat balik." Tapi, ah lupa, lupa tetap lupa lagi. 'Standard' la budak baru lahir. Semua macam tu. Sekarang gua dah tahu rupanya setiap manusia yang lahir dia ada orang kena azankan. Gua syak abah gua yang azankan masa tu.

Bunyi tangisan bersilih ganti, tak behenti henti macam ada buat pertandingan siapa banyak menangis dapat hadiah percutian dua orang ke Bali. Tapi gua faham semuanya dah jauh dari tempat asal. Dah pun lepas ke tempat lain. Itu orang panggil fitrah. Gua pun sama, dah jauh. Tapi betul ke memang dah jauh? Hah! padahal semua ni sebab lupa. Insan, dalam bahasa arab terbit dari perkataan 'yansa', 'nisyan'. Gua rasa nak keluarkan satu kaedah macam dalam ilmu feqh ada kaedah kaedah dia. Kaedah gua, 'Lupa menjauhkan, ingat mendekatkan'. Amacam? boleh pakai?

Thursday, February 18, 2010

Tanggal 13 mac 1985

Kring..kring..kring.. bunyi telifon berangka besar dengan bunyi deringan besar. Jam menunjukkan tepat pukul 3.36 pagi bersamaan hari selasa. Misi yang bertugas di HBKL mendadak ke meja telifon. Mungkin berlaku kemalangan. India mabuk di gilis ketapi biasa jadi waktu waktu macam ini. Kucing, burung belatuk tercekik kayu pun tak kurang juga.

***

Tepat pukul 4 pagi, misi tadi bersama seorang doktor pakar salin masuk ke bilik bersalin. Operasi bermula macam biasa. Semua berjalan dengan lancar macam kereta ferarri. Gunting, pisau kecil, baldi, tiub dan ilmu di dada bekerjasama.

Doktor : "Steady betul budak ni, langsung tak menangis".

Kebetulan bilik sebelah ada juga yang tengah bersalin. Tapi stail macam bayi biasa menangis. Jenis dah jauh dari tempat asal begitu la. Jam tepat pukul 5 pagi.