Monday, March 1, 2010

Sampai ke tak?

Kreh kroh kruk kruk...., bunyi Salim sedang menyental gigi giginya yang kurang teratur juga. Tapi gigi berlapis la orang kata suara sedap.

"Man, esok pagi pergi Husin apa?" Tanya Salim tiba-tiba. Gua syak kalau bukan sebab nak beli barangan melukis tak lain mesti nak jumpa Pak Husin.

"Kita try sambut maulidul Rasul kat sana." sambung Salim. Gua diam tanda setuju. Selama ni gua dengar kat sana orang sambut sakan. Esok gua nak rasa sendiri. Paling kurang ada juga cerita buat sembang 'time' balik kampung nanti. Pastu boleh juga usha atas jalan. Untung poket dapat juga rezeki tak di duga. Bukan tak pernah. Semangat gua jadi menaik tiba tiba. Macam nak pergi terus malam ni tidur kat sana bawa tikor.

"Esok kita pakai jubah Salim, bawak beg galas satu berisi pakain harian. Lepas habis sambut kita fight bowling. Amacam?" Salim yang dari tadi terbelek belek depan cermin mengangguk tanda setuju. Jenis tak berapa nak layan. Lebeh ke cermin lagi.

Jubah? Mana gua ada jubah. Alah, bukan tak biasa kongsi kongsi. Tak pun beli je kat Husin terus pakai. Bukan apa, mahu je gua pakai baju melayu tapi nanti arab pandang jakon. Mula la nak buat aksi pendekar nanti.

Macam biasa sebagai seorang 'student' yang pentingkan masa, gua bersiap siap untuk tidur sekali dengan kunci jam tepat pukul 5 pagi. Duit syiling gua isi siap dalam beg. Esok nak pegi awal takut 'jam'. Lama juga gua cuba pejam mata, tapi terkebil kebil tanda payah tidur sampai la ke pukul 3. Rokok pula dah habis. Pasal la mata ni susah sangat nak lelap. Tepat pukul 3.56 pagi baru la mata jadi berat. Gua pejam dalam dalam.


***

"Bayar la 15 'genih'." Salim pun bayar muka berat. Bukan main lagi nak naik teksi pagi tu. Pukul 8 pagi, gua dengan Salim dah pun sampai kat Husin. Boleh tahan juga cuaca pagi tu sejuk mencengkam paru paru. Gudang Garam lebih semalam gua sedut dalam dalam. Nyaman. Gua tak jadi pakai jubah pagi tu. Salim macam biasa pakai 'jeans' koyak tumit dan berjaket kulit .

Seperti yang disangka, ribuan manusia membanjiri Husin sampai ke sempadan 'Atabah. Ah, mana tempat nak menapak, mana tempat nak 'port' pun gua tak tahu. Penuh sangat orangnya. Semangat jadi turun, nak saja pergi Dahab 'snorkling' tanda protes. Apa boleh buat kaki pun dah sampai. Cari makan pun cun juga ni. Teringat pula kedai Ammu Ali. Ayam bakar kat situ memang selera dia menaik dari tempat tempat lain. Kami pun melangkah lepas ambil gambar beberapa keping. Kedai tu kena lintas banyak lorong juga. Lorong jual kunyit ada, lorong jual kain kiswah ada, ada tu jual kulit arnab bertulisan khat jenis paksa beli. Sampai satu sudut, nyaris juga kena langgar dengan basikal. Stail bawa basikal laju-laju pastu suruh orang yang elak. Cilake. Kat 'beskal' letak radio pasang kuat kuat. Sakai. Tiba tiba gua nampak satu kedai ni. Mungkin ada kat dalam ni. Gua singgah kejap sambil senyum kat seorang brader ni.

Keluar kedai kami terus ke tempat yang dituju. Sesampainya di sana. Pasal apa gua rasa semacam saja. Dah dibangun ke tempat ni. Bersih semacam. Gua pandang papan tanda bertulis Jalan Telawi 3. Lah, lepas ke Telawi. Telawi tak Telawi perut dah lapar ni.


***

Truut truuut truuut,

Ah macam kenal je bunyi tu. Cis, gua atas tilam lagi ni. Jam silap kunci pergi kunci pukul 5 p.m. Apsal gua nampak huruf P jadi A semalam. Salim senyum sambil tangan pegang rokok sebelah lagi pegang tetikus.


Malam itu gua tonton filem 'The Dreamers'. Keh keh keh

1 comment: