Wednesday, August 10, 2011

Dinar 2

"Ceh, hujung tiang letrik!!! Gayat dah ni, gayat dah!"

Gaya berdiri ala pendekar Abdul rahman sejak tadi melentur sebaik sedar kakinya di hujung tiang letrik. Lututnya kejap kejap merapat kejap kejap menjauh terketar ketar. Semangatnya yang melebihi akal tadi berlari lari masuk ke urat pembuluh larut bersama darah gemuruh.

"Eh eh eh..." Sekali sekala angin sepoi meniup menggamitkan lagi perasaan cemas Abdul Rahman. Bungkusan berat di kedua tangannya itu dijadikan pengimbang sambil perlahan lahan dia menegakkan kaki semula.

"Eeeeeh...." Semakin kuat angin namun stabil. Peluh dingin mengalir di celahan jari jemari. Dalam keadaan amat payah dia meniup pasir halus yang masuk ke mata.

"Haaa, tadi handal sangat tu la!" Sapa seekor burung hud hud sambil berlalu terbang menyeringai.








Dinar

"Dekat sedekad juga ana menghilang rupanya!!!" Jerit Abdul Rahman sambil memerhati jauh ke celahan Bukit Bakit dari tempat dia berdiri sambil kedua tangannya mencebek bungkusan sarat berisi.

"Ana harus ke Bukit Bakit itu untuk menyimpan semua ini. Ya, akan ku simpan semua ini!"

Semangat Abdul Rahman memuncak menjulang ke hujung petai. Ditarik nafas dalam dalam untuk meneruskan langkah.

"Ceh, ana berdiri hujung tiang letrik!!! Mujuuur, mujur."

Tuesday, April 12, 2011

Disiplin dalam menerima sesuatu

Dengan rasa yang paling rendah, ku lucutkan jubah di badan. Sirna ke alam ini. Tiada yang wujud melainkan Dia. Wah!

Penerimaan kepada sesuatu yang ada di sekeliling kita tidak perlu di letakkan ke atas sangat dan tidak harus di buang ke bawah sangat. Maksudnya listkan apa yang diterima di tengah-tengah. Sebabnya kalau terus terima bulat-bulat mungkin menyasar bak kata 'Sedi the legend'. Kalau di buang terus memang tak dapat langsung. Agak-agak hati runsing, duduk saja diam-diam disulami dengan kajian dan fikiran. Sedang fikiran pun tak sampai ke mana. Kuncinya ada kehendak ada la jalan. Fikiran hanya menerima sesuatu yang zahir macam pembelajaran. Tak boleh nak cakap apa dia kenapa orang yang selalu minum di gelas yang sama sampai la gelas tu buruk, kemudian orang belikan dia gelas baru yang diperbuat dari emas dan kaca permata. Namun, dia tetap memilih gelas yang buruk tadi. Kan?

Kesimpulannya, berlapang dada dan jangan banyak bunyi. Sentiasa bertafakkur dan memahami di sebalik setiap apa yang berlaku. Yang tersurat ada tersiratnya dan dalam tersirat ada tersiratnya lagi. Jangan sampai berselirat sudah. Keh keh keh.

KAN?



Saturday, April 2, 2011

Meraihnya.

Intro

Malam larut. Malam memulai hujan. Gua duduk di tempat pembaringan dengan lutut dinaikkan merapat ke dada. Angin sejuknya sekali sekala membuai langsir dan lebihannya menyapa ke tubuh kayu gua. Malam ini memang rasa nipis saja dia punya scene macam siang tadi. Siang tadi gua dengan Ismail bin Othman melata ke bumi lagi. Tujuan asal nak mem'pulut' sebab gua dah lama betul tak pekenanya. Lepas pekena pulut, macam biasa niat round mana-mana ambil gambar.

Verse


Chorus

Mail ambil gua pagi tadi. Sedang atas motor, belah kiri nampak kaum Cina tengah membersih kawasan kubur. Nampak light. Tiba di selekoh depan sebelah Petronas, bas Lin Siong nyaris terbabas elak ke pakcik kayuh basikal tua. Light saja. Depan sikit lagi di kawasan tanah runtuh yang sudah ditacap kemas runtuh semula. Depan mata jadi. Light juga. Gua hairan. Hairan pun hairan hairan light. Tapi yang gua lagi hairan mana pergi manusia Kuala Lipis pagi ni. Tak ramai macam biasa orang panggil 'Ramai Sabtu'.

"Ramai tu semua kat pekan sehari la kot." Jawab Mail.

Huuuuh....


Outro

Inilah saatnya untuk kembali pulang. Kita sudah cukup jauh mengembara menjelajah rumah-rumah kosong. Sudah cukup isyarat yang ditunjukkan pada ucap mereka. Isyarat yang nampak bagi yang hadir. Teramat menggoda untuk tinggal saja dan bertemu orang-orang baru ini. Bahkan lebih pantas untuk menuntaskan malam di sini bersama mereka. Tapi gua hanya ingin kembali pulang.

Serius betul gua malam ni.



Bibirnya di jahit-jahit.

Tanpa membuang masa, gua yang selama ini dengan tahap idea menulis gua yang membeku. 3 bulan lepas gua bagi can beku sekejap. Pantang lepa, pantang bagi can sikit membeku terus sampai ke semalam. Teruk sangat bekunya. Hari ni gayanya macam dah mencair sedikit. Kita tengok! Kita tengok boleh ke tak menulis ni kang.


Mmmmm...errrr....




2 jam berikut.....

Ok lah. Hai semua. Kira hari ni kasi panas badan dulu lah.

Tuesday, December 21, 2010

Alyas di negeri ajaib 3

Dalam pengembaraan intuitifnya, Alyas dipertemukan dengan seorang manusia asing dari belahan bumi sebelah timur. Manusia asing itu mengenakan Niqob(pakain penutup wajah), berjubah, berserban dan bermahkotakan kebaikan serta keindahan.

Dia mengucap salam kepada Alyas di awal pertemuaan mereka dengan lisan al Kamal(kesempurnaan). Ketika Alyas menjawab salamnya, dia memandang Alyas. Tampak wajahnya bersinar laksana purnama. Susuknya adalah cerminan keDiaan Nya dan kebijaksanaanNya. Tampak pada dirinya kepasrahan yang utuh, sungguh ia merupakan manifestasiNya yang Syamil(utuh). Kerana keindahan itu, Alyas jadikan manusia asing itu cermin dirinya. Alyas lalu bergabung dengan manusia asing dan dibawa melangkau buana ke alam ketinggian hingga sampai di sisi Rabb Arsy.

Di tempat itu alyas menaiki kursi taqdir-Nya. Alyas tegakkan neraca I'tibar. Alyas sirnakan diri di alam ketinggian tersebut sehingga dia benar-benar Fana'(sirna) di sisi-Nya. Alyas beroleh keberuntungan dapat mengkais pemahaman hakiki. Alyas pun bisa mengetahui hakikat makrifat. Alyas benar-benar terpesona mendengar perkataan manusia asing itu, kata-katanya sarat hikmah ketuhanan dan padat makna memancar terang ke semesta cakerawala kalbu dan alam fikir Alyas. Sungguh di alam itu peranan akal dan fungsi logik fikiran sangatlah nihil ketajaman mata hati, kejernihan jiwa dan kesucian ruh.

Dengan mata hati, jiwa dan ruh yang sebenar itulah yang menuntun Alyas ke samudera rahsia ketuhanan hakiki. Alyas dapat merasakan betapa sempurna dan indah wajah kehidupan ini dan tirai penghalang telah lenyap dalam diri ini. Wajah keagungan, kesempurnaan, keindahanNya benar-benar tampak di hadapan diriku. Di hadapanku. ~TAMAT~



Friday, December 17, 2010

Alyas di negeri ajaib 2

<-----Sambungan dari

Angin kuat menderu masuk ke ruang tamu rumah Alyas. Sedikit terpejam mata Alyas menahan angin sejuk malam itu. Pintu depan rumahnya yang dibuka tadi ditutup perlahan-lahan agar tidak mengganggu tidur yang lain.


*****

Alyas berada betul-betul di hadapan kubah biru lalu cuba menyentuh kubah itu. Belum sempat jarinya mengena kubah, Alyas mendengar suara seorang alim bertutur kepadanya tentang ciri-ciri burung garuda. Alyas sangat bersemangat mendengar dan berharap dapat menangkap burung garuda tersebut dalam genggaman tangannya lantas bertanya kepada insan alim.

"Tuan, mohon anda perjelas keterangan anda hingga aku dapat memahami ciri-ciri burung tersebut."

Insan alim menjawab. "Garuda itu benar-benar merupakan keajaiban hakiki dan seekor burung yang super unik, ia memiliki enam ratus sayap dan seribu bilangan ekor. Sesuatu yang dilarang pada yang lain dibolehkan baginya. Ia bernama Safah bin Safah, tertulis di sayap burung garuda itu nama-nama yang bagus. Citra huruf Ba' ada di kepalanya, huruf Alif di dadanya, huruf Jim di dahinya, huruf Ha' di kakinya sedangkan huruf-huruf lain ada di matanya. Ciri khusus burung garuda itu di pergelangan kakinya terdapat cincin."

Alyas berkata lagi kepada insan gharib tersebut. "Tuanku, dimanakah sejatinya tempat burung tersebut?"

Ia menjawab. "Burung itu berada di hamparan padang yang luas dan di tempat-tempat kebaikan. Kau boleh memakrifahi ibarat-ibarat,metafor-metafor dan simbol-simbol serta menangkap isyarat-isyaratnya. Dengan itu bererti kau telah mampu melintas cakerawala bintang-bintang dan kau berhak bersanding dengan para malaikat."

Alyas berusaha mencari keajaiban yang disebut dengan Burung Garuda Emas tersebut akan tetapi tidak menemukannya dan tidak mendapati metafor-metafor keberadaannya. Alyas hanya dapat menemukan namanya namun tidak bisa menggapai sifat, ciri, karakteristik dan bentuknya.

Dengan sebab itu Alyas tanggalkan sifat-sifat pada dirinya dan Alyas leburkan dirinya dalam falak zat. Alyas tenggelam di dasar samudera yang bernama al Bahirah. Maka sayap-sayap Nun padanya pun berdiri tegak menghantarkan Alyas terbang di atas kampung al Maknun iaitu sebuah kampung yang tersimpan di tempat rahsia. Alyas terdampar di kampung asing tersebut lantas tinggal di dalamnya beberapa saat tanpa bisa mendengar dan melihat.

Ketika dia membuka matanya, Alyas terlepas dari pasung al Aina. Alyas menemukan isyarat-isyarat dalam dirinya. Tiba-tiba Alyas berasa memiliki sayap-sayap yang berhiaskan sanjung puji, Alyas dapati huruf Alif dan Jim di dadanya, huruf Ha' di dahinya. Tidak ada rahsia yang tidak terbongkar dihadapnya. Semua ilmu dihadirkan pada dirinya. Alyas pun mengerti sejati dirinya adalah manifestasi Diri Nya. KeDiaan Dia ada pada keakuan diri begitu juga sebaliknya. Saat itu tampak noktah kesejatianNya dan reduplah kesalahan. Maka tampaklah metafor kehidupan insan-insan yang telah meninggal.