Monday, May 3, 2010

Jalan

Pautan kasih ku kenal sendiri

Lahirmu umpama syaitan,
Jasadmu bergerak tanpa taklifan,
Tingkahmu tidak dikira amalan,
Salahmu tidak menjadi ukuran.

Besarmu mengenal betul dan salah,
Langkahmu menuju ke tempat ibadah,
Dengarmu akan suara si berkopiah,
Melontar seribu satu tarbiah.

Dewasamu umpama malaikat,
Apa yang salah semua dilihat,
Dibalah dikritik perkara subahat,
Ingin menjadi orang selamat.

Jagamu dari mimpi beerti,
Terhantuk dari lamunan sepi,
Apalah ada malaikat baik hati,
Insan jua martabat tinggi.

Kandasmu jangan ketika di syaitan,
Hentimu jangan ketika di malaikat,
Bukalah hati nampaklah jalan,
Kelak bertemu bersatu selamat.

Thursday, March 11, 2010

hei kersani!

belatuk kerja mematuk

Ketika ekonomi Malaysia merosot dulu, ramai yang mula tak senang duduk. Kegiatan jenayah makin meningkat seperti rompakan, peras ugut, hulur rm20 ke polis trafik buat duit teh. Yang paling meluas ada juga yang menukar karier dari guru tadika ke penjual besi padu. Tak kurang juga yang tukar warganegara.

Sebelum tu besi buruk semua di anggap sampah, tak pakai lempar ke sungai. Tapi nasib besi berubah lepas tu. Orang dah mula pandang tinggi terhadap besi. Besi besi yang pernah dibuang ke sungai suatu ketika dulu dicari semula. Ada juga yang tunggu keretapi kat sebelah stesen yang keretapi memang tak berhenti kat situ. Mungkin nak lari dari kesibukan stesen.

Besi kren, kabel pencawang, besi angkat berat di nilai ikut kategori berat masing masing. Mana yang lebih berat lagi kaya. Sekilo jatuh 0.75 sen juga. Besi plat buat alas masak 'burger' gua nasib baik tak kena rembat. Kalau mintak baik baik gua kasi jari hantu. Besi plat ni tebal dia dalam 1 cm saja. Dengan besi plat ni, cuba cari burung belatuk yang tengah menebuk lubang. Kerja menebuk lubang kat pokok tu makan behari-hari juga. Takkan sehari je siap. Lenguh juga tengkok burung. Masa rehat burung ni la cuba tutup lubang yang belum siap tu dengan besi plat tadi. Pastu jangan lupa tadah kat bawah pokok dengan kain. Lagi besar kain lagi menjamin. Nak lagi sempurna tadah bawah sikit je dari lubang tu. Biarkan sampai kerja burung selesai.

Datang la lepas tu tengok apa yang ada atas kain.

Monday, March 1, 2010

Sampai ke tak?

Kreh kroh kruk kruk...., bunyi Salim sedang menyental gigi giginya yang kurang teratur juga. Tapi gigi berlapis la orang kata suara sedap.

"Man, esok pagi pergi Husin apa?" Tanya Salim tiba-tiba. Gua syak kalau bukan sebab nak beli barangan melukis tak lain mesti nak jumpa Pak Husin.

"Kita try sambut maulidul Rasul kat sana." sambung Salim. Gua diam tanda setuju. Selama ni gua dengar kat sana orang sambut sakan. Esok gua nak rasa sendiri. Paling kurang ada juga cerita buat sembang 'time' balik kampung nanti. Pastu boleh juga usha atas jalan. Untung poket dapat juga rezeki tak di duga. Bukan tak pernah. Semangat gua jadi menaik tiba tiba. Macam nak pergi terus malam ni tidur kat sana bawa tikor.

"Esok kita pakai jubah Salim, bawak beg galas satu berisi pakain harian. Lepas habis sambut kita fight bowling. Amacam?" Salim yang dari tadi terbelek belek depan cermin mengangguk tanda setuju. Jenis tak berapa nak layan. Lebeh ke cermin lagi.

Jubah? Mana gua ada jubah. Alah, bukan tak biasa kongsi kongsi. Tak pun beli je kat Husin terus pakai. Bukan apa, mahu je gua pakai baju melayu tapi nanti arab pandang jakon. Mula la nak buat aksi pendekar nanti.

Macam biasa sebagai seorang 'student' yang pentingkan masa, gua bersiap siap untuk tidur sekali dengan kunci jam tepat pukul 5 pagi. Duit syiling gua isi siap dalam beg. Esok nak pegi awal takut 'jam'. Lama juga gua cuba pejam mata, tapi terkebil kebil tanda payah tidur sampai la ke pukul 3. Rokok pula dah habis. Pasal la mata ni susah sangat nak lelap. Tepat pukul 3.56 pagi baru la mata jadi berat. Gua pejam dalam dalam.


***

"Bayar la 15 'genih'." Salim pun bayar muka berat. Bukan main lagi nak naik teksi pagi tu. Pukul 8 pagi, gua dengan Salim dah pun sampai kat Husin. Boleh tahan juga cuaca pagi tu sejuk mencengkam paru paru. Gudang Garam lebih semalam gua sedut dalam dalam. Nyaman. Gua tak jadi pakai jubah pagi tu. Salim macam biasa pakai 'jeans' koyak tumit dan berjaket kulit .

Seperti yang disangka, ribuan manusia membanjiri Husin sampai ke sempadan 'Atabah. Ah, mana tempat nak menapak, mana tempat nak 'port' pun gua tak tahu. Penuh sangat orangnya. Semangat jadi turun, nak saja pergi Dahab 'snorkling' tanda protes. Apa boleh buat kaki pun dah sampai. Cari makan pun cun juga ni. Teringat pula kedai Ammu Ali. Ayam bakar kat situ memang selera dia menaik dari tempat tempat lain. Kami pun melangkah lepas ambil gambar beberapa keping. Kedai tu kena lintas banyak lorong juga. Lorong jual kunyit ada, lorong jual kain kiswah ada, ada tu jual kulit arnab bertulisan khat jenis paksa beli. Sampai satu sudut, nyaris juga kena langgar dengan basikal. Stail bawa basikal laju-laju pastu suruh orang yang elak. Cilake. Kat 'beskal' letak radio pasang kuat kuat. Sakai. Tiba tiba gua nampak satu kedai ni. Mungkin ada kat dalam ni. Gua singgah kejap sambil senyum kat seorang brader ni.

Keluar kedai kami terus ke tempat yang dituju. Sesampainya di sana. Pasal apa gua rasa semacam saja. Dah dibangun ke tempat ni. Bersih semacam. Gua pandang papan tanda bertulis Jalan Telawi 3. Lah, lepas ke Telawi. Telawi tak Telawi perut dah lapar ni.


***

Truut truuut truuut,

Ah macam kenal je bunyi tu. Cis, gua atas tilam lagi ni. Jam silap kunci pergi kunci pukul 5 p.m. Apsal gua nampak huruf P jadi A semalam. Salim senyum sambil tangan pegang rokok sebelah lagi pegang tetikus.


Malam itu gua tonton filem 'The Dreamers'. Keh keh keh

Friday, February 26, 2010

Belajar atau bekerja? belaka kejar.

Islam merupakan agama bagi seluruh manusia tak kira bangsa, pangkat, jelita, cun atau jongang. Semua pakai Islam sebagai panduan dalam kehidupan seharian. Setiap apa yang berkonsepkan panduan ni mestilah ada rukun dan syarat syaratnya. Macam belajar silat ada rukun dan syaratnya juga. Contoh lu orang masuk silat kena mandi minyak dulu. Tok Guru kata nak mandi mesti kene yakin dan berani. Ada yang jenis mandi sampai terkeluar hati jadi hati goreng. Nampak sangat memang tak berani. Jenis ikut orang nak belajar dia pun nak belajar. Rukun pula biasanya 'start' dengan tali pinggang putih sampai ke tali pinggang hitam 'cula 7' apa entah. Yang itu dah kira tahap boleh lawan Mak Lampir pakai dahi.

Pasal Rukun Islam semua dah tahu. Tipu sangat la kalau rukun Islam yang pertama sembahyang lima waktu. Alasan mak yang ajar. Boleh membara juga hati dengar. Kalau zaman tadika dulu ada cikgu suruh hafal sekali dengan makna. Hafal la takut kena denda libas pakai pembaris kayu 100 cm. Ada tu pakai pisau lipat titik atas jari. Tapi senyum saja gua elak. Pakai la pedang tetak atas bahu ke, pistol tembak tepat ke lutut ke. Paling kurang tumbuk tepat ke mata.

Lepas dari kejadian itu, sampai sekarang gua ingat lagi makna kalimah syahadah tu. Gua rasa kalau nak cerita panjang sangat boleh sampai berjilid juga. Jadi, gua nak masuk bilik air basuh gigi dan gosok muka.

Malam ni gua nak jadi baik tidur awal, esok gua bz. Urusan zakat tak setel lagi ni. Dapat nanti boleh juga buat habuan beli rokok. Duit dalam poket pun ada 16 ringgit saja. Itu saja lebihan zakat tahun lepas yang dapat agak agak dekat 2 ribu setengah juga. Dua ribu setengah bahagi setahun jadi sekitar 7 ringgit gua belanja sehari. Duit bas ke kuliah cecah 2 ringgit juga pergi balik. Duit beli air dahaga tengah jalan, beli roti kosong buat alas perut. Ayam seketul dah 4 ringgit sekarang. Duit penyelenggaraan air dan elektrik, peh... Tak apa, gua puasa nasi setahun. Jangan salahkan gua kalau nampak gua kerja kat mana mana.


Yang penting bayar zakat tu rukun Islam yang ke 5.

Thursday, February 25, 2010

Jauh


"Hah, aku dah kat mana ni?" Bentak gua dalam hati separa sedar. Rasa macam nak menangis, tapi gua tahan keras sambil terpinga-pinga tak tahu lepas ke mana. Pasal apa mata gua pejam tak boleh buka, pasal apa gua rasa lemah tak boleh berdiri. Nak diri pun tak boleh, ah jangan ada hati la nak berjalan. Masa tu mana gua reti lagi nak ke Tesco, Giant, Seven E dan Rush Club. Apa gila nak tahu semua tu. Gua kat dunia sekarang ni. Dah banyak yang gua lupa, lupa, lupa.....

"Allahuakbar Allahuakbar", bunyinya macam guna kod Am. 'Tune' boleh pergi, cuma kantoi belah belah hujung saja. "Haaaaa, macam nak ingat balik." Tapi, ah lupa, lupa tetap lupa lagi. 'Standard' la budak baru lahir. Semua macam tu. Sekarang gua dah tahu rupanya setiap manusia yang lahir dia ada orang kena azankan. Gua syak abah gua yang azankan masa tu.

Bunyi tangisan bersilih ganti, tak behenti henti macam ada buat pertandingan siapa banyak menangis dapat hadiah percutian dua orang ke Bali. Tapi gua faham semuanya dah jauh dari tempat asal. Dah pun lepas ke tempat lain. Itu orang panggil fitrah. Gua pun sama, dah jauh. Tapi betul ke memang dah jauh? Hah! padahal semua ni sebab lupa. Insan, dalam bahasa arab terbit dari perkataan 'yansa', 'nisyan'. Gua rasa nak keluarkan satu kaedah macam dalam ilmu feqh ada kaedah kaedah dia. Kaedah gua, 'Lupa menjauhkan, ingat mendekatkan'. Amacam? boleh pakai?

Thursday, February 18, 2010

Tanggal 13 mac 1985

Kring..kring..kring.. bunyi telifon berangka besar dengan bunyi deringan besar. Jam menunjukkan tepat pukul 3.36 pagi bersamaan hari selasa. Misi yang bertugas di HBKL mendadak ke meja telifon. Mungkin berlaku kemalangan. India mabuk di gilis ketapi biasa jadi waktu waktu macam ini. Kucing, burung belatuk tercekik kayu pun tak kurang juga.

***

Tepat pukul 4 pagi, misi tadi bersama seorang doktor pakar salin masuk ke bilik bersalin. Operasi bermula macam biasa. Semua berjalan dengan lancar macam kereta ferarri. Gunting, pisau kecil, baldi, tiub dan ilmu di dada bekerjasama.

Doktor : "Steady betul budak ni, langsung tak menangis".

Kebetulan bilik sebelah ada juga yang tengah bersalin. Tapi stail macam bayi biasa menangis. Jenis dah jauh dari tempat asal begitu la. Jam tepat pukul 5 pagi.